Guna ruang simpanan ikan seludup diesel ke luar nagara

Guna ruang simpanan ikan seludup diesel ke luar nagara

ASWADI Jaafar (tengah) bersama pegawai menunjukkan diesel seludup yang dirampas selepas menahan empat buah bot di jeti nelayan Kampung Geting, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik licik sindiket menjadikan tangki ubah suai dan ruang simpanan ikan untuk menyeleweng diesel bersubsidi terbongkar selepas selepas diserbu anggota penguat kuasa di jeti nelayan Kampung Geting di sini semalam.

Serbuan pukul 4.53 petang menerusi Op Tiris 4.0 itu membawa kepada tangkapan empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun.

Ketua Pegawai Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semua suspek ditahan semasa sedang memindahkan bahan bakar bersubsidi itu menggunakan pam dan hos ke dalam tangki tambahan yang diubah suai dan ruang simpanan ikan dari bot Kelas A ke Kelas C.

Katanya, tindakan itu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa sekali gus mengelakkan daripada dicekup.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas bot tersebut telah menjumpai 3,300 liter diesel yang disembunyikan dalam ruang simpanan ikan dan tangki tambahan di dalam empat buah bot Kelas A dan C.

“Siasatan awal mendapati sindiket terbabit telah memanipulasi bekalan diesel bersubsidi yang disyaki diperuntukkan kepada nelayan dengan mengumpulnya daripada bot sebelum dipindahkan ke bot bersaiz lebih besar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Aswadi memberitahu, bahan bakar itu kemudian akan diseludup ke negara jiran melalui laluan laut dan sebahagiannya disyaki dijual kepada pengusaha kapal besar.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1962 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

“Nilai keseluruhan rampasan bot termasuk diesel bersubsidi bernilai RM722,176,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN