SEREMBAN: DAP menolak sebarang usaha untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan melalui tindakan ‘pintu belakang’ ketika kemelut politik melanda negeri itu. Ia selepas 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Menteri Besar hanya boleh disingkirkan melalui dua kaedah iaitu undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)…










