SHAH ALAM: Jumlah penghidap masalah buah pinggang kronik atau CKD di negara ini dilaporkan mencecah lima juta orang atau satu pertujuh daripada keseluruhan populasi kira-kira 36 juta rakyat Malaysia. Peningkatan tersebut dilaporkan berlaku secara drastik sehingga 6.5 peratus berbanding 2011 sebanyak sembilan peratus kepada 15.5 peratus pada tahun lalu. Malah, situasi tersebut didakwa memberi beban kepada kewangan kerajaan apabila dalam memberikan perkhidmatan kesihatan apabila kos bagi rawatan penyakit itu melonjak…










