Sistem adat luak Negeri Sembilan perlu perlembagaan bertulis

Sistem adat luak Negeri Sembilan perlu perlembagaan bertulis

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sudah tiba masanya perlembagaan bertulis sistem adat di semua empat luak di negeri ini diwujud dan dilaksanakan demi masa depan institusi adat di Negeri Sembilan.

Tokoh budaya dan adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, ‘persengketaan’ yang sedang berlaku di Luak Sungai Ujong serta luak yang lain sepatutnya mendorong undang-undang secara bertulis dimulakan.

Beliau berkata, perlembagaan bertulis mampu menjadikan sistem adat luak di negeri ini berfungsi dengan teratur dan dihormati bukan saja oleh pengamal adat tetapi seluruh ahli masyarakat.

“Kontra kepada pandangan umum, politik adat lebih serius dan lebih mengaibkan masyarakat adat di Negeri Sembilan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, beliau menjelaskan, Perkara 14 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959  secara asasnya menyatakan perlantikan Undang perlu mengikut resam dan amalan di luak masing-masing.

“Pendapat kononnya Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di bawah Perkara 16 UUTKNS berkuasa atas lantikan seorang Undang atau melucutkan jawatan tersebut adalah meleset dan tidak betul.

“Ini kerana DKU yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hanya menasihat dan tidak ada kuasa eksekutif mutlak terhadap mana-mana Undang di luak,” ujarnya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN