Tentera AS serang kapal kargo Gambia cuba dekati pelabuhan Iran - Utusan Malaysia

Tentera AS serang kapal kargo Gambia cuba dekati pelabuhan Iran

GAMBAR fail beberapa buah kapal berlabuh di Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pada Sabtu bahawa ia telah melumpuhkan sebuah kapal kargo berbendera Gambia yang cuba belayar ke sebuah pelabuhan Iran dengan melancarkan peluru berpandu ke bilik enjinnya.

Markas Pusat AS (CENTCOM), yang menyelia operasi tentera Amerika di rantau Asia Barat, berkata, serangan itu berlaku pada 29 Mei selepas kapal M/V Lian Star gagal memberikan sebarang respons terhadap lebih 20 amaran yang dikeluarkan.

“Sebuah pesawat Amerika melumpuhkan kapal tersebut dengan menembakkan peluru berpandu Hellfire ke bilik enjin selepas kru Lian Star gagal mematuhi arahan. 

“Kapal itu tidak lagi meneruskan pelayaran ke Iran,” kata CENTCOM menerusi platform X.

Kenyataan itu tidak menyebut sama ada terdapat kecederaan dalam kalangan kru kapal berkenaan susulan serangan tersebut.

“Pasukan Amerika melumpuhkan lima kapal komersial dan mengalihkan laluan 116 kapal bagi menguatkuasakan sepenuhnya sekatan ketika gencatan senjata dengan Iran masih berkuatkuasa,” menurut CENTCOM. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN