Mahkamah belum terima permohonan dakwa bekas penjaga gol

Mahkamah Narathiwat belum terima permohonan dakwa bekas penjaga gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Mah­kamah belum menerima permohonan Pejabat Pendakwa Raya Wilayah Narathiwat bagi mendakwa bekas pemain bola sepak Kelantan atas tuduhan membunuh seorang warga Malaysia di Sungai Golok, tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, pihaknya masih menunggu permohonan pendakwa raya bagi membolehkan perbicaraan dijalankan selepas tempoh reman tertuduh tamat, baru-baru ini.

“Sehingga kini kami belum menerima permohonan untuk menghadapkan suspek kes bunuh di Sungai Golok itu ke mahkamah.

“Walaupun perintah tahanan reman terhadap suspek tamat, pihak berkuasa masih boleh menahannya di penjara untuk tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui di kompleks Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini, semalam.

Jurucakap itu menjangkakan pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, berdasarkan laporan kes itu sebelum ini, suspek mungkin dituduh mengikut Seksyen 288 Kanun Keseksaan kerana melakukan pembunuhan dengan sengaja.

“Seksyen 288 membawa hukuman mati atau penjara se­umur hidup atau penjara antara 15 dan 20 tahun, jika sabit ke­salahan.

“Suspek juga boleh dituduh mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan iaitu serangan yang mengakibatkan kematian tiada niat untuk membunuh tetapi menyebabkan kematian.

“Mengikut seksyen ini, tertuduh boleh dipenjara antara tiga dan 15 tahun jika sabit ke­salahan. Tetapi jika ia adalah kesalahan berat mengikut Seksyen 289, tertuduh boleh dipenjara selama tiga hingga 20 tahun,” katanya.

Pada 3 November tahun lalu, bekas penjaga gol Kelantan yang terlibat dalam kes melepaskan tembakan ke arah rakyat Malaysia, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga mati dalam kejadian di Kampung Bering, dilapor menyerahkan diri di Balai Polis Sungai Golok, Thailand.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN