Ibu kandung atau waris Darwish Ilham dicari

Ibu kandung atau waris Darwish Ilham dicari

DARWISH Ilham kini berusia dua bulan dan berada dalam jagaan Farah Rasidi di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita, Farah Rasidi, 36, mahu mencari waris kepada bayi bernama Darwish Ilham yang kini berusia dua bulan.

Menurut Farah, Darwish Ilham telah dilahirkan di Kucing, Sarawak pada 26 Disember 2026 dan telah diserahkan oleh ibu kandungnya kepadanya.

Dia kini yang tinggal di Ipoh, Perak mahu mencari ibu kandung kepada bayi tersebut bagi menyelesaikan isu berkaitan penjagaan.

“Darwish Ilham telah diserahkan kepada saya oleh ibu kandungnya pada 12 Februari 2026 di hadapan seorang pegawai polis di Balai Polis Wangsa Maju,” kata Farah.

Bagaimanapun katanya, selepas itu ibu kandung kepada Darwish Ilham sudah tidak dapat dihubungi.

Oleh itu Farah meminta ibu kandung bayi ini atau sesiapa yang mengenalinya supaya menghubungi Farah Rasidi di talian 017-3151708. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN