KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) perlu menumpukan fokus sebagai alternatif kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH), bukannya terus mencetuskan polemik siapa calon Perdana Menteri. Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, keutamaan ketika ini adalah memperkukuh gabungan PN dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya akan datang. Katanya, perkara itu selari dengan penegasan Pengerusi PN yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menekankan keperluan untuk memberi fokus kepada pengukuhan parti…










