Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam atau lebih.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Baling di Kedah; beberapa daerah di Perak termasuk Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Turut tersenarai ialah Tanah Tinggi Cameron dan Bentong di Pahang; Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor; beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Tangkak dan Muar di Johor serta keseluruhan Melaka.

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk di Kuching (Bau dan Kuching); Serian; Samarahan (Simunjan); Sri Aman; Betong; Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta di Kapit (Song dan Belaga).

Bagi Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas meliputi Beaufort dan Nabawan di Pedalaman serta beberapa kawasan di Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN