Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dijangka petang ini

Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dijangka petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan dan ribut petir dijangka melanda enam kawasan di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta beberapa kawasan pedalaman di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka kekal tanpa hujan dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Sabah, hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk pedalaman, Pantai Barat dan Tawau.

“Namun, Sandakan, Kudat dan Labuan dijangka kekal tanpa hujan. Di Sarawak, ribut petir dijangka di beberapa tempat di bahagian Miri dan Limbang, manakala kawasan lain kekal tanpa hujan,” katanya.

Menjelang malam, MetMalaysia berkata, hujan diramal di beberapa kawasan di Kuala Lumpur serta pedalaman Negeri Sembilan dan Melaka. 

Menurutnya, kebanyakan negeri lain di Semenanjung dijangka kekal kering.

“Suhu maksimum di Kuala Lumpur dijangka mencecah 34 darjah Celsius dengan suhu minimum sekitar 24 darjah Celsius.

“Keadaan angin di perairan negara pula dilaporkan sederhana dengan ketinggian ombak antara 1.0 hingga 2.5 meter bergantung kepada kawasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN