KANGAR: Lebih 30 peratus daripada 1,750 hektar kawasan tanaman harumanis di Perlis kini terbiar, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan buah ikonik negeri itu. Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, antara faktor kebun terbiar atau bermasalah itu berpunca daripada perubahan generasi yang menyaksikan anak-anak pengusaha sebelum ini tidak berminat untuk meneruskan kebun. Katanya, faktor lain ialah pengusaha mula berputus asa selepas beberapa musim tidak berbuah dan…











