Tentera AS tembak jatuh dron Iran

Tentera AS tembak jatuh dron Iran

ABRAHAM Lincoln membawa kekuatan tempur melalui Sayap Udara Pembawa (CVW) 9 serta tiga kapal pemusnah USS Frank E. Petersen Jr. (DDG-121), USS Spruance (DDG-111) dan USS Michael Murphy (DDG-112).- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menembak jatuh sebuah dron milik Iran yang menghampiri kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln secara agresif di Laut Arab, lapor agensi berita Reuters.

Insiden berlaku ketika diplomat sedang berusaha mengatur rundingan nuklear antara Teheran dan Washington.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini memberi amaran kehadiran kapal perang AS ke arah Iran boleh menyebabkan perkara buruk berlaku jika perjanjian gagal dicapai.

Susulan berita penembakan dron tersebut, harga niaga hadapan minyak dilaporkan melonjak lebih AS$1 (RM3.92) setong.

Menurut kenyataan tentera AS, dron jenis Shahed-139 milik Iran itu terbang menuju ke arah kapal pengangkut berkenaan dengan ‘niat yang tidak jelas’ sebelum ditembak jatuh oleh jet pejuang F-35 milik AS.

“Sebuah jet pejuang F-35C dari Abraham Lincoln menembak jatuh dron Iran tersebut sebagai langkah mempertahankan diri serta bagi melindungi kapal pengangkut dan kakitangan di atasnya,” kata Kapten Tentera Laut Tim Hawkins, jurucakap Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) AS.

Pejabat perwakilan Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) enggan mengulas lanjut, manakala agensi berita Tasnim milik Iran melaporkan mereka terputus hubungan dengan sebuah dron di perairan antarabangsa atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Tiada anggota tentera AS yang cedera dan tiada peralatan AS yang mengalami kerosakan dalam insiden tersebut.

Kumpulan tempur kapal pengangkut Lincoln merupakan aset utama dalam peningkatan ketenteraan AS di Timur Tengah susulan tindakan keras terhadap demonstrasi anti-kerajaan di Iran pada Januari lalu iaitu konflik domestik paling berdarah di Iran sejak revolusi 1979.

Walaupun Trump tidak memberi ancaman untuk campur tangan semasa pergolakan itu, beliau kini menuntut konsesi nuklear daripada Tehran dan menghantar armada ke pesisir pantainya.

Dalam satu lagi kejadian berasingan di Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas insiden dron tersebut, pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan mengganggu sebuah kapal dagang yang menggunakan bendera dan kru AS. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN