PM puji usaha berterusan Johor naik taraf aset warisan

PM puji usaha berterusan Johor naik taraf aset warisan

ANWAR Ibrahim ditemani Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru, semalam. – FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menaiktaraf aset warisan serta memperkasa tarikan pelancongan negeri itu.

Perdana Menteri berkata, ikhtiar berterusan itu sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).

“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Johor menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong tahun ini sempena TMJ2026 dengan kutipan hasil dijangka melebihi RM42 bilion kepada negeri.

Terdahulu, Anwar ditemani isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor.

Muzium berkenaan menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, di samping persekitaran landskap yang terpelihara dan menarik.

Anwar tiba di Johor Bahru semalam menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bersama ahli keluarganya dan berkesempatan mengunjungi Zoo Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN