Penumpang mabuk buat kecoh dalam penerbangan ke Thailand

Penumpang mabuk buat kecoh dalam penerbangan ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah penerbangan AirAsia dari Vietnam ke Thailand terganggu apabila seorang penumpang yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak menanggalkan pakaian dan hanya berpakaian dalam, selain cuba merempuh keluar dari pesawat sejurus mendarat.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada 29 Januari lalu di dalam pesawat Airbus A320 yang sedang dalam perjalanan dari bandar pesisir pantai Cam Ranh, Vietnam, menuju ke ibu negara Thailand, Bangkok.

Menurut saksi yang juga penumpang pesawat tersebut, Piaporn Chamsrio, kekecohan bermula kira-kira 15 minit sebelum mendarat apabila lelaki berkenaan yang kelihatan mabuk mula bertindak agresif dan berjalan berulang-alik di lorong kabin.

Saksi menceritakan lelaki itu bertindak menanggalkan pakaiannya sehingga hanya berbaju dalam dan menuntut agar dibenarkan keluar dari pesawat dengan segera.

Walaupun kakitangan kabin mengarahkannya untuk kembali ke tempat duduk bagi tujuan pendaratan, lelaki itu tetap enggan bekerjasama.

Piaporn yang duduk hanya selang dua baris daripada lelaki tersebut memaklumkan bahawa suspek berbau alkohol yang sangat kuat dan berkelakuan tidak menentu.

Rakaman video oleh penumpang lain memaparkan lelaki itu berdiri di lorong pesawat sambil bercakap dengan nada kuat dalam bahasa yang dipercayai bahasa Russia, ketika krew dan penumpang lain hanya mampu melihat dengan cemas.

Keadaan menjadi lebih kecoh selepas pesawat mendarat di Bangkok apabila lelaki itu didakwa merempuh penumpang lain untuk keluar melalui pintu pesawat yang sudah terbuka ke arah tangga bergerak. Beliau dilaporkan terjatuh semasa menuruni anak tangga tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki.

Suspek kemudiannya cuba mengelak daripada pihak berkuasa dengan bergerak menuju ke arah kenderaan darat di kawasan landasan namun berjaya ditahan oleh kakitangan lapangan terbang tidak lama kemudian.

Lelaki berkenaan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk disoal siasat atas pelbagai dakwaan, termasuk membahayakan keselamatan pesawat, mengingkari arahan kru penerbangan, serta mencetuskan gangguan di tempat awam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN