Anak mangsa bunuh serah tindakan suspek kepada undang-undang

Anak mangsa bunuh serah tindakan suspek kepada undang-undang

MUHAMMAD Khairul Hakimi Shamsul Zahari kelihatan sugul ketika ditemui di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: “Perasaan marah ada, cuma kami tidak faham apa motif dia berbuat demikian dan kami serahkan kepada proses perundangan supaya dia mendapat hukuman setimpal.”

Itu luahan Muhammad Khairul Hakimi Shamsul Zahari, 23, anak ketiga kepada wanita yang ditemukan dibunuh di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara, kelmarin.

Menurutnya, dia dan empat adik-beradiknya sudah reda dengan apa yang berlaku dan ingin meneruskan kehidupan walaupun kehilangan ibu tercinta.

“Saya dan seorang abang akan memikul tanggungjawab menjaga tiga adik kami yang berusia antara lapan hingga 18 tahun.

“Abang bekerja di Pulau Pinang manakala saya masih belajar di universiti,” katanya ketika ditemui di rumah mereka, hari ini.

Muhammad Khairul Hakimi berkata, sepanjang cuti semester nanti dia akan tinggal di rumah menjaga adik-adik sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Dia menerima berita kematian ibunya pada pagi Isnin sebelum bergegas pulang.

“Abang telefon saya beritahu tentang kejadian itu. Kami tidak menjangka perkara seperti ini berlaku, apatah lagi abang kami (suspek) jarang pulang ke rumah, tiba-tiba dia pulang hari itu,” katanya.

Tambahnya, sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini pastinya menyedihkan tanpa kehadiran ibu mereka. Jenazah Allahyarhamah Zahrullail Basir, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Aziz Tanjung Bendahara kira-kira pukul 3 petang semalam.

Mangsa ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman serta luka dan lebam pada anggota badan, kejadian disedari kira-kira pukul 8.45 pagi. Suspek, anak sulung mangsa berusia 29 tahun, direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak polis menegaskan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar tragedi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN