Lima beranak disemadi dalam satu liang lahad

Lima beranak disemadi dalam satu liang lahad

LIMA sekeluarga yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Pamah Kulat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Gelugor Pamah Kulat, Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Suasana pilu dan hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Gelugor Pamah Kulat, di sini apabila jenazah lima sekeluarga yang maut dalam tragedi kebakaran disemadikan dalam satu liang lahad, malam tadi.

Tangisan ahli keluarga dan sahabat handai memecah kesunyian malam tatkala jenazah Allahyarham Mohd. Allawi Mohammad, 57; isterinya, Allahyarhamah Zaleha Ibrahim, 45; serta tiga anak mereka, Ruby Adira Batrisya, 18; Ruby Adlina Banin, 14; dan anak bongsu berusia 10 tahun, dikebumikan kira-kira pukul 11.30 malam.

Semua jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disolatkan di masjid kampung berkenaan dengan kehadiran ratusan penduduk setempat yang tidak putus-putus hadir memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, mayat kelima- kelima mangsa selesai dibedah siasat di Hospital Raub kira- kira pukul 6 petang sebelum dibawa ke Kampung Pamah.

Dalam tragedi kira-kira pukul 3.45 pagi semalam, lima beranak itu maut selepas rumah berstruktur kayu diduduki mereka di Kampung Pamah Kulat musnah dijilat api.

Dua lagi anak pasangan berkenaan, Ruby Adalia Balqies, 19, yang merupakan Kolej Matrikulasi Gambang dan Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, tidak berada di rumah ketika kejadian.

Keputusan untuk mengebumikan semua mangsa dalam satu liang lahad dibuat selepas mengambil kira faktor kekeluargaan serta tragedi yang menimpa mereka, selain memudahkan urusan ziarah pada masa akan datang.

Seorang ahli keluarga mangsa, Noriah Junus, 67, ketika berkata, keluarga menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang reda walaupun berat untuk menerima kehilangan serentak lima insan tersayang.

“Ini ujian paling besar buat kami. Sekelip mata hilang tempat bergantung. Namun kami percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kami reda dengan takdir Allah,” katanya dalam nada sebak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN