SHAH ALAM: Pembangunan projek rejuvenisasi Bandar Raya Shah Alam atau SA Sentral sudah mencapai tahap 20 peratus. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, elemen-elemen penting pembangunan seperti pengubahsuaian Plaza Alam Sentral dijangka siap Jun ini manakala hotel di Plaza Perangsang pula dijadualkan beroperasi pada Ogos. “Tahun akan datang, kita boleh gabung semua termasuk SACC Mall dan Kompleks PKNS dalam menambah kelengkapan sebagai pusat konvensyen, pusat jualan, lokasi gaya…










