PETALING JAYA: Hanya seorang daripada 14 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin hadir di ibu pejabat parti itu, di sini semalam, bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin. Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim, berkata beliau dipanggil berhubung kenyataan dan kritikannya di media sosial yang didakwa tidak menghormati parti. Bagaimanapun, beliau berkata, sepanjang mesyuarat berlangsung, Lembaga Disiplin seolah-olah tidak dapat memperincikan secara jelas asas pertuduhan yang…










