KUALA LANGAT: Yayasan Sa-HasanahKu dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM), menyerahkan sumbangan berjumlah RM35,000 kepada lima sekolah di Sijangkang yang terjejas akibat ribut dan puting beliung pada Oktober lepas. Bantuan tersebut dijangka akan digunakan bagi pembelian peralatan dan kelengkapan yang rosak bagi membolehkan kesemua pelajar kembali ke sekolah pada sesi 2026 bermula 12 Januari ini. Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga kini sekolah-sekolah…










