TELUK INTAN: Belum pun masuk bulan Ramadan, tukang jahit di bandar ini sudah mula sibuk menyiapkan tempahan baju raya daripada pelanggan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan tukang jahit di sekitar Teluk Intan kini giat menyiapkan tempahan pakaian dengan pelbagai rekaan dan fesyen bagi memastikan semuanya dapat disiapkan sebelum Syawal 2026. Seorang tukang jahit berketurunan India, Mallika Seah, 61, berkata, dia telah mula menerima tempahan baju raya seawal bulan Oktober lalu…









