Pihak gugat keselamatan negara perlu dipertanggungjawab ikut undang-undang

Pihak gugat keselamatan negara perlu dipertanggungjawab ikut undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang perancangan yang berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen.

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, justeru itu siasatan hendaklah dijalankan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan

AGC berkata, pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara.

“Sebarang tindakan atau perancangan yang berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen serta prinsip kedaulatan undang-undang.

“Sehubungan itu, siasatan hendaklah dijalankan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan.

“Mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan menurut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AGC berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi memastikan proses perundangan dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Katanya, sebarang keputusan berhubung pendakwaan akan dibuat secara bebas dan objektif berdasarkan fakta, keterangan serta pertimbangan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN