PETALING JAYA: Tindakan pihak bank yang didakwa menggunakan ejen kutipan hutang dengan mengugut dan memalukan penghutang dilihat menekan pengguna khususnya berpendapatan rendah. Amalan itu juga bercanggah dengan prinsip perlindungan pengguna dan boleh melanggar peruntukan undang-undang sedia ada. Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk T. Indrani berkata, kutipan hutang tidak pernah memberi lesen kepada mana-mana pihak untuk mengugut, mengaibkan atau menakut-nakutkan pengguna serta ahli keluarga mereka.…










