SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi mewujudkan Tabung Perkhidmatan Pos yang akan digunakan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bagi menangani cabaran dalam perkhidmatan penghantaran surat. Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, tabung tersebut akan dilaksanakan seawal suku ketiga tahun ini dengan mengendalikan peruntukan RM50 juta pada tahun ini bagi melaksanakan dasar dalam Universal Service Obligation (USO). Katanya, dana tersebut diumum pada Oktober tahun lalu bagi membantu Pos Malaysia melaksanakan…










