Serbu kedai emas, elak Raya harga naik

Serbu kedai emas, elak Raya harga naik

PELANGGAN melihat koleksi barangan kemas di sebuah kedai di Pasar Payang, Kuala Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Harga emas yang tidak stabil ketika ini mendorong wanita Kelantan atau Mek Kelate mengambil langkah awal membeli perhiasan emas bagi mengelak terkesan dengan lonjakan harga yang dijangka meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, meskipun harga logam berharga itu kini mence­cah RM626 satu gram, hampir semua premis menjual emas di sekitar bandar ini dipenuhi pe­langgan.

Peniaga emas, Siti Saleha Setapa, 23, berkata, kebanyakan pelanggan memilih membeli pada masa ini kerana bimbang harga emas terus meningkat apabila menghampiri musim perayaan.

Menurutnya, trend pembe­lian awal itu turut disertai ka­edah tukar beli bagi mendapatkan rekaan perhiasan terbaharu selain menambah koleksi untuk digayakan pada Aidilfitri.

“Setakat ini, harga emas meningkat secara berperingkat dan mencecah RM626 satu gram. Ramai pelanggan tidak mahu menunggu saat akhir ke­rana khuatir harga lebih mahal menjelang raya.

“Kebanyakan mereka meng­anggap pembelian awal lebih berbaloi selain melihat emas sebagai pelaburan jangka panjang yang stabil,” katanya ditemui di sini, semalam.

Siti Saleha berkata, walaupun harga berada pada paras tinggi, sambutan tetap menggalakkan terutama dalam kalangan wa­nita yang mahu membuat persediaan awal bagi mengurus per­belanjaan perayaan dengan lebih terancang.

Katanya, bagaimanapun jualan emas bergantung kepada musim tertentu dan biasanya berkurangan ketika pembukaan sesi persekolahan.

Seorang pembeli, Siti Zurina Ajizi, 34, berkata, pembelian awal adalah langkah bijak bagi mengelak tekanan kewangan apabila harga emas melonjak menjelang sambutan Aidilfitri.

“Harga emas selalunya naik bila hampir raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN