PETALING JAYA: Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) ke Gaza menerima gelombang sokongan baharu apabila berjaya menarik minat komuniti bukan Islam termasuk selebriti. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, beberapa selebriti dan tokoh masyarakat menzahirkan hasrat untuk terlibat atau menyokong misi tersebut, sekali gus berpotensi meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel di peringkat antarabangsa. Katanya, sebarang penglibatan individu berprofil tinggi itu masih dalam…










