SHAH ALAM: Liputan jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G) di Selangor mencapai 96.9 peratus sekali gus muncul sebagai negeri peneraju dalam perkhidmatan rangkaian itu di negara ini. Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ia sejajar dengan perancangan pembangunan bandar pintar di negeri ini seperti mana aspirasi Pelan Tindakan Pintar Selangor 2025. “Dengan populasi sekitar 7.4 juta, Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Malaysia, sekali gus mencerminkan…










