SARA dikreditkan semalam, bantu kurangkan beban pelajar

SARA dikreditkan semalam, bantu kurangkan beban pelajar

SARA membantu mengurangkan perbelanjaan asas, terutamanya untuk makanan dan barangan keperluan harian yang semakin mahal di kawasan bandar dan sekitar kampus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi golongan bujang yang mula dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima sejak semalam membantu meringankan tekanan kos sara hidup golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bantuan itu membantu mengurangkan perbelanjaan asas, terutamanya untuk makanan dan barangan keperluan harian yang semakin mahal di kawasan bandar dan sekitar kampus.

SITI NORAFIQAH BINTI IHSAN

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM), Siti Norafiqah Ihsan, 24, berkata, SARA bujang membolehkannya membeli bekalan makanan kering di pasar raya dengan harga berpatutan dan mencukupi untuk tempoh sebulan.

“Kecukupan RM50 sebulan bergantung kepada gaya hidup dan kaedah perbelanjaan individu, namun bagi pelajar yang tinggal di kolej sekitar Kuala Lumpur, jumlah itu memadai untuk keperluan asas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, golongan pelajar daripada keluarga kurang mampu paling memerlukan bantuan tersebut bagi meneruskan kehidupan di universiti.

Mengulas kaedah agihan melalui MyKad, Siti Norafiqah berkata ia lebih terkawal kerana perbelanjaan dihadkan kepada barangan keperluan seperti makanan dan barangan asas, selaras objektif kerajaan.

Seorang lagi pelajar UM, Joanna, 21, pula berkata, bantuan itu benar-benar membantu jika digunakan secara berhemah.

“Saya sokong pandangan bahawa pelajar B40 dan mereka yang tinggal jauh dari institusi pengajian adalah antara kumpulan yang paling wajar diberikan keutamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN