SHAH ALAM: Kira-kira 1,000 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Tanjung, Sijangkang terpaksa memulakan sesi persekolahan tahun baharu secara Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Pembukaan sekolah tersebut ditangguhkan sehingga hujung bulan ini atau awal Februari berikutan kerja-kerja baik pulih struktur yang rosak akibat dibadai ribut dan serta puting beliung pada Oktober tahun lalu masih belum siap sepenuhnya. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini hanya tiga sekolah sahaja yang kembali…










