Ribuan rumah bergelap di Berlin angkara khianat

Ribuan rumah bergelap di Berlin angkara khianat

ANGGOTA kecemasan polis sedang menyiasat lokasi kebakaran kabel voltan tinggi di sebuah jambatan berhampiran loji janakuasa Lichterfelde di Terusan Teltow, Berlin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Sebuah kumpulan aktivis sayap kiri di Jerman mendakwa bertanggungjawab atas serangan khianat yang mengakibatkan ribuan rumah, hospital dan perniagaan terputus bekalan elektrik ketika suhu mencecah paras beku.

Kumpulan Vulkangruppe dalam satu kenyataan mendakwa sasaran tindakan mereka bukanlah pemotongan bekalan elektrik, tetapi ekonomi bahan bakar fosil.

Pihak berkuasa berkata, syarikat tenaga memerlukan masa sehingga Khamis untuk menyambung semula bekalan elektrik kepada semua pelanggan, dengan beberapa sekolah yang sepatutnya dibuka semula semalam selepas cuti Krismas terpaksa ditutup sepanjang minggu ini.

Awal Sabtu lalu, beberapa kabel pada sebuah jambatan dilaporkan terbakar berhampiran sebuah loji janakuasa di barat daya Berlin.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan dengan pantas, tetapi sekitar 45,000 rumah dan 2,200 perniagaan terputus bekalan elektrik.

Hospital dan pusat jagaan menerima penjana kuasa kecemasan manakala individu yang memerlukan penjagaan di rumah atau di pusat jagaan terpaksa dipindahkan ke kemudahan lain yang masih mempunyai kapasiti.

Sehingga petang Ahad, sekitar 10,000 rumah dan 300 perniagaan disambungkan semula, dengan kebanyakan yang lain masih menunggu dipulihkan.

Dalam kenyataan itu, Vulkangruppe memohon maaf kepada penduduk kurang berkemampuan yang terkesan akibat gangguan bekalan elektrik, tetapi menyatakan kurang bersimpati terhadap kebanyakan pemilik vila.

Kumpulan itu menyifatkan serangan terhadap loji janakuasa gas itu sebagai tindakan membela diri dan solidariti dengan mereka yang melindungi bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN