Restoran 20 tahun ditutup selepas diganggu pendatang

Restoran 20 tahun ditutup selepas diganggu pendatang

RESTORAN Ceno berkongsi bangunan dengan Hotel Highfield House, yang digunakan Kementerian Dalam Negeri Britain untuk menempatkan sehingga 100 pencari suaka.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah restoran di Britain mendakwa terpaksa ditutup selepas 20 tahun beroperasi, berikutan ‘masalah berterusan’ dengan hotel menempatkan pencari suaka yang terletak bersebelahan premisnya.

Pengurus Ceno Bar and Restaurant di Southampton, Hampshire, mendakwa keadaan tersebut menjejaskan perniagaan mereka sehingga menyukarkan operasi harian.

Menurutnya, beberapa isu termasuk kerosakan dan gangguan berterusan dikaitkan dengan penghuni hotel berkenaan.

Restoran Ceno berkongsi bangunan dengan Hotel Highfield House, yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri Britain untuk menempatkan sehingga 100 pencari suaka.

Hotel berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini menjadi lokasi protes mingguan anti imigresen, dengan ucapan penunjuk perasaan sering dibuat dari tembok di luar restoran tersebut.

Demonstrasi itu kerap berdepan bantahan balas daripada kumpulan antiperkauman dan situasi berkenaan biasanya disertai sejumlah besar kehadiran polis.

“Dengan rasa dukacita dan sedih, kami mengumumkan Restoran Ceno menutup operasinya bermula 1 Januari 2026.

“Walaupun usaha dilakukan untuk terus beroperasi, keadaan kini sangat mustahil untuk diteruskan berikutan masalah berlarutan dengan Hotel Highfield, tempat kami beroperasi, yang kini menempatkan lebih 100 pendatang,” kata pengurusan restoran berkenaan.

Restoran itu mendakwa, konflik bermula apabila hotel tersebut tidak lagi dibuka kepada orang awam, dan mereka mendakwa tidak menerima sokongan daripada polis atau majlis perbandaran.

Restoran popular itu beroperasi selama lebih 20 tahun dan menerima penarafan 4.6 bintang di TripAdvisor.

Penduduk setempat turut menyuarakan sokongan di platform dalam talian terhadap Ceno serta meluahkan kekecewaan mereka susulan pengumuman penutupan itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN