KUANTAN: Radium kini muncul sebagai isu keselamatan baharu dalam industri pemprosesan nadir bumi apabila kajian mendapati unsur radioaktif tersebut boleh tertumpu dalam aliran proses berair, sekali gus meningkatkan risiko radiologi jika tidak dikawal dengan teliti. Ketua Program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aznan Fazli Ismail berkata, Malaysia secara umumnya lebih bersedia dari segi kesedaran dan kawal selia terhadap torium kerana radionuklid itu…










