Nadir bumi: Belum ada projek dilulus

Nadir bumi: Belum ada projek dilulus

SIA HOK KIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Malaysia belum meluluskan sebarang projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara komersial kecuali satu projek perintis yang dijalankan di Kenering, Perak.

Pengerusi Eksekutif Malaco Mining Sdn. Bhd., Datuk Sia Hok Kiang berkata, ketiadaan kelulusan itu menyebabkan kilang pemprosesan REE sedia ada di Simpang Pulai, Perak tidak mempunyai sumber bahan mentah tempatan untuk beroperasi.

“Setakat ini, hanya projek perintis di Kenering yang mendapat kelulusan. Beberapa pajakan perlombongan sudah diluluskan tetapi masih menunggu kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Operasi (OMS),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Hok Kiang berkata, bagi mempercepat pengeluaran REE negara, satu agensi sehenti perlu diwujudkan bagi menyelaras dan menyegerakan proses kelulusan berkaitan perlombongan.

“Malaysia mempunyai potensi besar dalam sektor REE, namun perkembangan industri masih perlahan kerana pihak kerajaan masih berhati-hati terhadap keselamatan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, kilang perintis pengasingan nadir bumi jenis ion adsorption clay (IAC) rendah radioaktif tempatan yang siap dibina November 2024 di Simpang Pulai itu mampu memproses kapasiti sehingga 3,000 tan metrik nadir bumi oksida (REO) setahun.

“Ia untuk penghasilan magnet bagi membuat EV dan juga turbin angin yang merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga elektrik yang bersih. Di Eropah, ia teknologi kritikal,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, teknologi pengasingan REE canggih sehingga 99.999 peratus REO sedang dijalankan secara komersial dengan kerjasama syarikat tempatan, Malaco dan sebuah syarikat nadir bumi dari Perancis, Carester.

“Kami dijangka memulakan pengeluaran komersial pada suku pertama 2026 dan kini sedang mengubah suai loji operasi kelompok perintis kepada operasi berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN