Nadir bumi: Malaysia terima pelaburan RM600 juta

Nadir bumi: Malaysia terima pelaburan RM600 juta

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di Gyeongju, Republik Korea. – Facebook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal menerima pelaburan bernilai RM600 juta menerusi projek usahasama antara JS Link Inc. dari Korea dan Lynas Rare Earths Ltd., sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama dalam rantaian bekalan mineral unsur nadir bumi (REE) global.

Menteri Pelaburan, Perda­gangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, projek strategik itu akan menyaksikan pembinaan loji pembuatan magnet nadir bumi di Malaysia yang dijangka menjadi pemangkin kepada perkembangan industri bahan termaju dan teknologi bersih.

“Usahasama ini bukan sekadar membawa masuk pelaburan baharu bernilai RM600 juta, tetapi turut membuka peluang kepada pemindahan teknologi, pem­bangunan tenaga kerja be­rkemahiran tinggi serta mewujudkan rantaian bekalan yang lebih selamat dan telus,” katanya menerusi kenyataan se­malam, selepas menyertai Per­dana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pertemuan dengan pihak pengurusan JS Link Inc. dan Lynas Rare Earths di Gyeongju, Korea, sempena program lawatan kerja rasmi ke negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Tengku Zafrul, ker­jasama strategik antara JS Link dan Lynas mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kekuatan ekosistem industri Malaysia, khususnya dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan mineral kritikal.

“Lynas, sebagai pengeluar nadir bumi terbesar di luar China, bersama JS Link yang berhasrat membina rantaian bekalan magnet mampan, akan memperkukuh peranan Malaysia da­lam pasaran global bahan termaju.

“Ini selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi pe­neraju serantau dalam pembangunan industri nadir bumi dan teknologi hijau,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, pi­hak­nya komited memastikan pelaburan strategik seperti ini terus disokong dengan dasar mesra pelabur, infrastruktur bertaraf dunia dan tenaga kerja kompeten. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN