SHAH ALAM: Polis Selangor merekodkan bayaran zakat sebanyak RM1.03 juta bagi tahun 2025 daripada 2,736 pegawai dan anggota, meningkat berbanding RM1.01 juta pada 2024. Walaupun jumlah kutipan meningkat, namun pembayar zakat pendapatan melalui skim potongan gaji daripada kumpulan itu menurun sebanyak 25 orang berbanding tahun sebelum seramai 2,761. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor, Mohd. Khaidzir Shahari berkata, kutipan zakat daripada Polis Selangor berpotensi meningkat kepada RM1.2 juta pada…










