KUALA LUMPUR: Pas bersedia menyertai Kolaborasi Agung untuk terus memperjuangkan penyatuan orang Melayu sebagai strategi utama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan syarat tanpa penyertaan DAP. Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas konsisten sejak dahulu sehingga hari ini untuk menyatukan Melayu malah menyifatkan ia jalan terbaik dalam demi masa dan kestabilan negara ini. Maka sebab itu katanya, Pas mengajak UMNO dari dulu bersama dengan mereka membentuk kerajaan…










