SHAH ALAM: Seramai 76 anggota dari pelbagai agensi koperasi menyertai Konvoi Trans ASEAN Madani yang memulakan perjalanannya pada malam tadi bagi merentasi empat negara termasuk Malaysia, Thailand, Laos dan Kemboja. Perjalanan selama 15 hari itu akan menempuh jarak sejauh lebih 7,000 kilometer (km) anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN-Jepun Abad Ke-21, Malaysia (Pamaja) bersama Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (Kopama) yang juga bertujuan mempromosikan…










