SHAH ALAM: Jabatan Tenaga Manusia (JTM) memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MABES) hari ini bagi mewujudkan skim latihan penyelenggaraan pesawat. Kerjasama tersebut membolehkan seramai 33 pelajar peringkat diploma dalam bidang tersebut daripada Kolej Teknologi Termaju JTM (ADTEC JTM) memulakan latihan pada bulan ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, ia merupakan peluang kepada pelajar-pelajar semester enam menerima latihan dan juga diberi elaun sebanyak…










