KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka merupakan keputusan peribadi beliau. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu tidak menjejaskan kerjasama dalam parti atau kerajaan negeri. Katanya, keputusan itu telah dimaklumkan kepada beliau serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. “Dr. Akmal telah berbincang dengan saya dan Datuk Seri Rauf dan saya menghormati pendirian…










