PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera menyelesaikan kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, perdebatan dan percanggahan terbuka antara Bersatu dan Pas bukan sahaja menjejaskan hubungan kedua-dua parti malah berpotensi melemahkan kepemimpinan PN secara keseluruhan. Beliau berkata, sebarang…










