KUALA LUMPUR: UMNO tidak sesekali berkompromi dengan tuntutan yang menghakis kedudukan agama Islam, kedaulatan raja-raja dan bangsa Melayu termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) dan pilihan raya tempatan. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peringatan itu termasuk kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan dengan UMNO tidak sesekali membisu sekiranya tiga asas negara itu diganggu gugat. Katanya, meskipun UMNO bersedia bekerjasama dengan parti lain demi rakyat dan negara,…










