UMNO perlu balas serangan lawan secara strategik

UMNO perlu balas serangan lawan secara strategik

AHMAD Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan UMNO mengaminkan doa pada Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu keluar daripada kepompong pe­nerangan lama dan berani mela­kukan pembaharuan menyeluruh sekiranya mahu kembali relevan dalam landskap politik negara yang semakin berubah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu kini masih terperangkap menerima serangan pi­hak lawan tanpa melakukan sebarang gerak balas strategik yang berkesan.

Kata Timbalan Perdana Menteri, perkara itu telah menjadi punca kekalahan BN ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila membiarkan serangan fitnah pembangkang pada ketika itu.

“Tetapi apabila fitnah tersusun, pasti akan mengatasi kebenaran berselerakan. Kita ketika itu bukan hendak pertahankan, apatah lagi melakukan sera­ngan.

“Oleh itu, dalam tempoh 22 bulan menjelang PRU16, UMNO perlu mengemaskini penera­ngan parti bukan sahaja mempertahankan parti, tetapi juga menyerang naratif pihak lawan,” katanya dalam Simposium Politik Era Digital Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pen­gerusi Barisan Nasional (BN), seramai 82 peratus rakyat Malaysia menguasai komunikasi tanpa lisan seperti media baharu manakala selebihnya masih menggunakan kaedah lama.

Katanya, UMNO tidak boleh ber­gantung semata-mata komu­nikasi bersemuka jika mahu me­lawan naratif yang dimainkan pihak lawan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Dalam era sekarang di ma­na 97 peratus rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit, UMNO tidak boleh berada cara lama tetapi dengan pendekatan baharu menerusi media baharu.

“Menerusi siaran langsung di platform media sosial, liputan sasaran kini terbuka luas dan menjangkau semua lapangan,” katanya.

Beliau mengambil contoh sikap parti tertentu yang menggunakan naratif menghasut tetapi tidak mengambil pendekatan sama ketika menjadi kerajaan.

Ahmad Zahid berkata, meskipun terdapat 733 inisiatif di bawah Kerajaan Madani, masih banyak yang tidak diangkat atau diperjelaskan kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN