SHAH ALAM: Pengurusan Al Kuthar Eduqids (AKE) menyegerakan siasatan dalamannya susulan tular kejadian seorang kanak-kanak dipercayai menghidapi autism dikurung tanpa pakaian di dalam sebuah bilik gelap. Ibu pejabat AKE dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil maklum insiden yang berlaku di salah satu cawangan pusat pendidikan awal itu. “AKE-HQ (Ibu pejabat AKE) memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus. “Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)…










