PETALING JAYA: Drama peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak berlaku kerana beliau mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bermula pada 14 Januari ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, pada perhimpunan itu nanti beliau akan menjelaskan pendirian rasmi berhubung kedudukannya, sekali gus menamatkan spekulasi berkaitan isu peletakan semua jawatan disandangnya. “Saya akan maklumkan keputusan dalam PAU minggu depan,”…










