PETALING JAYA: Kelewatan projek-projek fizikal buat rakyat yang dilaksanakan pelbagai kementerian didakwa berpunca akibat pengagihan projek tersebut secara tidak telus dan hanya diberikan kepada kontraktor tertentu ataupun ‘kroni’. Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), Tukiman Radion berkata, pihaknya sendiri tidak memperoleh projek dari kerajaan pada tahun lalu walaupun terdapat banyak projek yang disediakan. Menurut beliau, kebanyakan projek kerajaan diagihkan secara ‘sorok-sorok’ dan diberikan kepada kontraktor tertentu sahaja. “Sebagai…










