Thailand naikkan cukai lapangan terbang mulai tahun depan

Thailand naikkan cukai lapangan terbang mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand bakal menaikkan cukai lapangan terbang bagi penumpang yang berlepas ke luar negara mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) meluluskan kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penerbangan antarabangsa di enam lapangan terbang di bawah naungan Airports of Thailand Plc (AOT).

Kadar caj itu akan meningkat daripada 730 baht (RM94) seorang kepada 1,120 baht (RM144.30) seorang, berkuat kuasa awal 2026.

Susulan mesyuarat CAAT pada Rabu, dijangka AOT akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul data dan berunding dengan CAAT sebelum membentangkan cadangan bagi kelulusan.

Setelah diluluskan, caj baharu itu dijangka berkuat kuasa kira-kira empat bulan kemudian, bermakna penumpang yang berlepas dari Thailand pada awal 2026 akan membayar tambahan 390 baht (RM50.30)

AOT menganggarkan, dengan purata 35 juta penumpang melalui enam lapangan terbangnya setiap tahun, kenaikan PSC itu akan menjana sekitar 10 bilion baht hasil tambahan setahun.

Hasil tambahan itu akan dilaburkan untuk memperbaiki perkhidmatan lapangan terbang, terutama memperluaskan kapasiti Lapangan Terbang Suvarnabhumi dengan pembinaan Terminal Penumpang Selatan baharu.

Enam lapangan terbang di bawah pengurusan AOT termasuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang-Chiang Rai, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai.

Selain itu, mesyuarat tersebut meluluskan kenaikan caj perkhidmatan oleh Jabatan Lapangan Terbang (DOA) bagi penerbangan antarabangsa kepada maksimum 425 baht (RM54.80) setiap penerbangan, meningkat daripada 400 baht (RM51,60) sebelum ini, dan bagi penerbangan domestik kepada 75 baht (RM9.60) setiap penerbangan, meningkat daripada 50 baht (RM6.45).

Perubahan itu akan berkuat kuasa setelah Lapangan Terbang Trang memasang sistem CUPPS dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peralatan yang diperlukan dilaksanakan.

Caj baharu juga memerlukan kelulusan daripada CAAT, dan penumpang mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal.

Pada masa ini, lapangan terbang di bawah bidang kuasa DOA, termasuk Lapangan Terbang Krabi, Lapangan Terbang Surat Thani, Lapangan Terbang Ubon Ratchathani, Lapangan Terbang Khon Kaen, Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat, dan Lapangan Terbang Phitsanulok, akan mula mengenakan caj baharu setelah sistem yang diperlukan dipasang.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN