Allianz General sedia pelindungan untuk PKS, pekerja asing

Allianz General sedia pelindungan untuk PKS, pekerja asing

SEAN Wang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor komersial melalui bantuan kewangan secara percuma untuk penutupan perniagaan yang tidak dijangka dan perlindungan percuma untuk pekerja asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, PKS menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak hampir 40 peratus dan menggaji hampir separuh daripada tenaga kerja.

Katanya, tujuan Allianz General adalah untuk memperkasakan PKS dan entiti komersial dengan strategi perlindungan komprehensif yang menjaga kedua-dua aset dan kakitangan daripada cabaran yang tidak dijangka.

“Dalam lanskap ekonomi yang mencabar hari ini, penting untuk perniagaan kami untuk mempunyai sistem sokongan yang boleh dipercayai.

“Kami berbangga dapat menawarkan bantuan kewangan untuk perniagaan-perniagaan yang berdepan penutupan 48 jam atau lebih lama lagi akibat kejadian yang tidak dijangka, mengurangkan beban ketika masa sukar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polisi Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) syarikat yang kini termasuk perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok setahun percuma.

“Ia direka untuk mengurangkan beban kewangan kepada majikan jika berlaku kemalangan, pada masa yang sama menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja asing,” katanya.

Tambahnya, untuk pemilik perniagaan, penutupan operasi secara tiba-tiba boleh membebankan, lebih-lebih lagi apabila penutupan memakan masa yang lebih lama.

“Untuk mengurangkan beban ini, pemegang polisi korporat dengan polisi aktif Allianz Business Shield, Kebakaran Standard atau Kebakaran Komersial akan menerima sokongan kewangan sekali gus sehingga RM20,000 jika kejadian dilindungi dibawah polisi yang layak yang menyebabkan premis yang diinsuranskan ditutup selama 48 jam atau lebih.

“Kempen tersebut menampilkan perlindungan komprehensif yang ditawarkan oleh Allianz Business Shield, yang membolehkan pelanggan menyesuaikan perlindungan dan jumlah yang diinsuranskan mereka untuk memenuhi keperluan mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, polisi Kebakaran Standard dan Kebakaran Komersial melengkapkan polisi Allianz Business Shield, yang juga menyediakan jaringan keselamatan komprehensif untuk melindungi kerugian kewangan yang disebabkan oleh kebakaran dan juga boleh diperluaskan untuk melindungi risiko-risiko lain seperti kerosakan pesawat dan banjir.

Kempen tersebut berlangsung dari 1 Februari 2026 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga jumlah bantuan kewangan yang dibayar mencecah RM2.5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×