KLANG: Sebuah tapak pembuangan sampah haram disyaki menjadi punca air di Sungai Serdang, Kapar, di sini bertukar menjadi hitam. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya berkata, aliran tersebut dipercayai berpunca daripada cuaca hujan yang berpanjangan di lokasi tersebut sepanjang minggu lalu. “Pasukan LUAS menjejaki aliran Sungai Serdang ke bahagian hulu menggunakan dron dan mendapati terdapat satu bekas tapak pembuangan sampah. ”Semakan lanjut LUAS menemukan aliran hitam keluar daripada bekas…










