IPOH: Sistem e-Penghulu yang telah dilaksanakan di Perak sejak 2019 akan diadaptasi ke seluruh negara bagi memperkukuh pemantauan, pengumpulan data dan pelaksanaan program pembangunan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem digital itu kini hanya dilaksanakan di Perak namun akan dilaksanakan ke seluruh negara untuk mengesan bukan sahaja peruntukan di bawah kementerian itu tetapi juga dana yang disalurkan daripada kementerian lain. “Kita telah melihat sejauh mana…










