KUALA SELANGOR: Kerajaan negeri perlu memastikan perancangan pembangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) menepati piawaian dan kapasiti rancangan tebatan banjir (RTB) yang dibina di kawasan masing-masing. Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, cabaran tersebut diteliti pihaknya dalam pelan induk RTB yang turut melibatkan pengurusan air secara holistik dalam usaha mengatasi banjir pada masa depan. “Ia berdasarkan perbincangan saya dengan dia (Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor)) kerana dalam…










