KLANG: Sebahagian daripada penduduk Kampung Jawa yang terlibat dengan pemindahan di kawasan terlibat pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini meminta kerajaan negeri percepat kelulusan permohonan Skim Smart Sewa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George berkata, beliau sudah pun memohon kepada kerajaan negeri supaya memberi bantuan melalui Skim Smart Sewa dan percepat kelulusan proses permohonannya. “Exco terlibat (Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah)…










